Tuesday, March 15, 2011

Botol Susu Polikarbonat yg mengandungi BPA

Lepas tengok berita TV3 pasal pengharaman botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA terus search kat google pasal isu ni..ni info yg aku dapat..

Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi. BPA (BISPHENOL A ) ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar. 
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
  • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi
Kesan BPA ke atas kesihatan manusia ialah boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh. 
Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  • Nombor 7 Pla_7.jpg
  • Nombor 7 dan PCPla_7PC.jpg
  • Nombor 7 dan ‘other’ Pla_7ot.jpg
Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti  yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone(PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain. Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’..
 


Ni antara jenama yg popular yang BPA Free..kalau tak silap jenama baby kiko, pureen, anakku pun ada yang BPA free..so lepas ni kena le berhati-hati beli botol susu baby..

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...