Friday, September 9, 2011

Syawal 1432 Hijrah

Salam Aildilfitri semua..Alahai dah 11 syawal baru aku nk update pasal raya...hu,hu..memang dh lama x update blog ni pun..agak sibuk sikit..ingat nak kuburkan je blog ni tapi sayang plak..:-)..lepas ni aku akan rajin2 meng'update' blog ni..

aku yg terlebih senyum..hu,hu..

Raya tahun ni giliran Kampar dulu..bagi aku & Ady xde masalah sgt sebab kg kitaorg dekat je..pagi raya amaanii boleh layan tido sampai pukul 10.30 pagi..lepas smbhyg raya dah ada tetamu datang rumah..lepas tetamu balik dlm pukul12 kitaorg pegi studio nk ambik gmbr family..semua kedai gambr kat kampar penuh dgn org masing2 nak ambik gambar family buat kenangan..



baju sedondon yang aku jahit sendiri.."kelas kau jah"...

.


Layan gambar amaanii yang dah besar walaupun badan x besar2..he,he..




amaanii sekarang suka mengajuk orang he,he..kalau aku bersin atau batuk mesti dia ikut..pastu gelak2...kelakar pun ada..boleh cakap skit2..tapi amaanii confius antara nama dia amaanii & oni ..so oni dia panggil mak sebab kitaorg panggil mak dia pun sibuk panggil mak jugak..ha,ha..

amaanii & oni nye..

banyak sgt le plak gambar nak letak..next entry lah plak..Selamat hari raya aidilfitri untuk semua yang beragama islam..:-)

Friday, July 1, 2011

my princess dah setahun..

Lama tak story mory kat blog ni....rasa macam nak stop berblogging..he,he..followers aku pun bukan ramai sgt..takpelah aku pun saje suka2 je buat blog ni..lama tak update sebab takde cite best pun..hari ni rajin nak update sebab nak cite pasal amaanii dah satu tahun..yaahoooo..

cak aaa..umur saya 1 tahun..

Hari selasa baru ni Birthday amaanii yang pertama..pagi tu g klinik..amaanii check up utk 1 tahun & cucuk..yang tak bestnye terpaksa tunggu lama & amaanii dah naik rimas+bosan..blum cucuk dah nangis..ha,ha..time cucuk meraung tak ingat dunia..:P

petang plak kitaorg celebrate birthday amaanii...sambutan yg simple je..amaanii pun macam blur je...tambah lagi bila aku pakaikan gaun & ikat rambut dia..mula le dia rimas..skit2 merengek..he,he..bila tukar baju terus senyap tak merengek dah..



amaanii yg sibuk tarik rambut & reben dia..


tgh skype dgn sepupunye alisya & alief..

bear hadiah dari mamacik & makcu..


baju & seluar hadiah dari onie...

 saya dah pandai jalan..tapi tak le teror sgt..ala2 peguin gitu..ha,ha..(jahatnye mama)..

besday girl..hobi terbaru tgk baby tv











Monday, May 30, 2011

2nd Anniversary & amaanii 11 Month

Hari Sabtu Amaanii dah 11 bulan..he,he..alhamdulillah..dah besar anak mama walaupun badan kecik je..bln depan dah setahun..dan semalam plak ialah ulang tahun perkahwinan kitaorang yang kedua..he,he..alhamdulillah jugak..semoga kita bahagia hingga ke akhir hayat..LOVE U SO MUCH en. hardi syamsul..he,he..:P..


Sedetik Lebih..

Wednesday, May 25, 2011

amaanii & cat

Takde apa nak cite le..layan gambar amaanii yang geram tengok kucing kat rumah tok yah..aku tak bagi sangat dia main kucing tu..tapi nak ambik gambar letak le dekat sket..

amaanii & kakak tirah

mula-mula cuit2 je..

pastu pegang kaki

 dan pastu pegang hidung..he,he..

last skali ..:P


Wednesday, May 11, 2011

Membentuk Anak Berbudi Bahasa

Anak-anak sememangnya sangat dekat dengan fitrah kejadian manusia yang sangat positif. Tiada sebarang keraguan kecuali pengaruh sekeliling yang membentuk pengaruh itu.

Contoh yang paling mudah, kita sering menakutkan anak-anak dengan lipas, cicak gelap dan pelbagai lagi. Sehingga mereka membentuk rasa takut kepada sesuatu dan mula timbul keraguan. Di sini, sifat negatif mula berakar di dalam hidup mereka. Amatlah besar peranan ibu bapa dalam pembentukan anak-anak sehingga ke sebesar-besar perkara sehinggalah kepada perkara yang remeh yang kita anggap tidak akan membawa apa-apa impak dan kesan kepada anak-anak kita. Di situlah mungkin kita terlepas pandang dan apabila tersedar perkara tersebut telah menjadi barah yang sukar untuk dipulihkan.

Begitu jugalah untuk membentuk anak menjadi orang yang berbudi bahasa dan tingkah lakunya sedap dipandang mata. Perkara yang menjadi keutama an dalam usaha ini ialah, mencipta suasana sekeliling yang solehah dan penuh dengan kesantunan. Di rumah, anak-anak ini perlu dibiasakan untuk meng ucapkan terima kasih, tumpang lalu, minta maaf dan pelbagai lagi perkataan-perkataan yang positif. Sedari kecil perkara ini perlu dititipkan.

Contohnya apabila meminta anak mengambilkan barang, mulakan dengan perkataan tolong. Begitu juga ucapan terima kasih sete lah permintaan tersebut ditunaikan. Ucapan-ucapan yang positif ini akan membina suasana yang positif di dalam rumah dan membentuk emosi dan peribadi yang positif .

Peri pentingnya, perkataan yang kecil dalam membentuk emosi yang stabil dan karakter yang baik. Ini kerana, apabila kanak-kanak ini sudah terbiasa menggunakan perkataan-perkataan ini di rumah mereka juga akan mempraktikkannya di luar rumah.

Belajar Meniru
Kebiasaannya manusia menyukakan sesuatu yang baik dan cantik. Justeru peribadi yang baik ini membantu anak untuk mendapat kawan-kawan yang baik juga di luar rumah. Akhirnya, kuasa positif tadi akan terus berkembang dan cukup kuat untuk menentang perkara-perkara negatif.

Tidak cukup dengan perkataan, budi pekerti yang baik juga perlu dipraktikkan menerusi perbuatan. Di sini, kita perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Minta izin dan membongkokkan sedikit badan untuk lalu di hadapan mereka yang lebih tua waima di hadapan suami.

Mengenakan pakaian yang sopan walaupun berada di rumah dan bersalaman sebelum keluar bekerja atau sebelum tidur dan pelbagai lagi contoh yang baik. Kanak-kanak hebat dari segi pemerhatian. Kuasa dan daya observasi mereka sangat tinggi.

Dari sini mereka akan belajar untuk meniru semua yang dilakukan oleh orang yang dekat dengan mereka. Pastikan mereka mendapat banyak contoh positif daripada kita dan cuba kurangkan kesilapan kerana ini sangat-sangat mempengaruhi pembentukan anak. Seperti juga perkataan, apabila mereka terbiasa dengan suasana yang bersopan dan berbahasa ini mereka akan dapat mempraktikkannya dengan baik.

Namun, tidak semua yang kita lakukan dan ucapkan akan dapat diikuti dengan baik kerana fitrah mereka yang ingin mencuba semua perkara. Di sini, ibu bapa perlu bercakap dengan anak-anak dengan cara lembut. Tegur kesilapan mereka dengan baik dan terangkan kenapa perlu bersikap sopan dan baik. Teguran dan peringatan yang acap kali diucapkan dan di demonstrasikan di hadapan mereka sedikit demi sedikit akan diadaptasi dengan baik malah menjadi sebati dengan jiwa mereka.

Anak-anak ini juga perlu dibawa ke tempat awam, majlis, rumah-rumah kenalan dan saudara mara. Di sini mereka akan mempraktikkan apa yang dipelajari di rumah. Contohnya, bagaimana untuk bercakap dengan orang yang lebih tua, yang sebaya atau yang lebih kecil. Semua ini perlu di bawah seliaan ibu bapa, jika mereka tersalah, kita tegur dengan baik. Pengalaman yang berbeza ini akan lebih mematangkan mereka untuk bersosial mengikut batasan yang ditetapkan dan sekali gus membentuk peribadi yang baik dan berbudi bahasa.

p/s: Amaanii sekarang dah pandai meniru apa yg org buat..he,he..


motif gmbr : xde motif pun..he,he..


Monday, May 9, 2011

Bila amaanii happy mama pun happy

Nak cite Aktiviti hari sabtu & Ahad..hari sabtu aku lepak kat rumah je dgn amaanii..papa amaanii ada pertandingan badminton...amaanii asyik merengek & moody je..mungkin sebab dia selsema..kalau dia tgh main aku kena dok sebelah dia..kalau aku tinggal dia kejap je pun dia nangis..manja sungguh..tapi nasib baik le dia mau tido..main kejap2 je pastu aku tidokan dia..sambil dia tido tu aku sattle kan keje umah..

Hari ahad pulak kitaorg g kenduri kawin kat ipoh..oh amaanii bila dah pakai cantik2 dia mula ler tak sabar2.tambah lagi bila tgk aku pakai tudung sibuk nak mintak dukung..

amaanii suka sgt dgr bunyi kompang..berjoget2 dia...

amaanii suka buat jari macam ni...1 Malaysia..he,he..

lepas g kenduri kawin,..singgah greentown plak..

 amaanii seronok sgt dpt belon mickey ni..dari kat greentown lagi suka tgk belon tu..tapi mama ngan papa tak beli..balik tu g pasar malam ada plak org jual belon macam2 jenis ada..dia menjerit2 excited sambil tunjuk2 belon tu..bila budak2 lalu bawa belon tu dia punya le seronok..mama tengok dia suka sangat mama pun beli 1..he,he..









Selamat Hari Ibu

Semalam hari ibu...tapi bagi aku bukan semalam je hari ibu..hari-hari pun hari ibu...jasa ibu tiada tandingan..kepada mak Pn. Saayah & mak mertuaku Pn. Jamaliah..Selamat Hari Ibu...aku yang terlebih rajin tapi tak kreatif langsung ni telah buat movie yg tak seberapa ni sempena hari ibu..guna movie maker je..tapi apsal plak gambar amaani yg banyak..ha,ha..abis tu camne nak buat, gambar mak tak byk..hu,hu..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...